Google

Thursday, May 17, 2007

Cara Memakai Ayat - Ayat Ruqyah

Cara-cara untuk membaca ayat-ayat Ruqyah dan aturannya ialah seperti berikut:-
  1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
  2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
  3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
  4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
  5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
  6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
  7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
  8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
  9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
  10. Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
  11. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
  12. Kemudian baca ayat ini:-

إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ

Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya

13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
15. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
16. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )

17. Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-

يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ

18. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
19. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
20. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
21. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
22. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali
23. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

PERHATIAN !!! DENGAN KELAKUAN JIN dan Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengamcam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.

Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.
Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: "Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya."

Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an iaitu: Surah Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.

Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah - Surah 5 : Ayat 72 )

Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)

Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut.

Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.

Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya". Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.

Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.

Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.

Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku "Risalatul Jin" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

3 comments:

alexander said...

assalamualaikum, saya salah seorang pembaca blog anda, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu tentang cara perubatan untuk mengusir jin.. soalan saya, baru semalam pertama kali bagi saya melihat dan merawat seorang student yang terkena kerasukan, student memanggil saya kerana saya kerap kali pergi ke surau dan bukannya sebab saya pernah dan pandai dalam bab ini, saya sendiri pun tidak mempunyai asal ilmu tentang perubatan tersebut, dan jin yang memasuki tubuh student tersebut(saya pun student juga) tidak mahu keluar semasa saya menyuruhnya keluar. mujurlah, alhamdulillah, seorang ustaz berjaya mengeluarkannya..alhamdulillah, soalan saya, selepas saya cuba untuk mengeluarkan benda tersebut, saya terasa tangan saya lenguh semacam jer, dan sampai ke hari ini saya masih lagi merasakan lenguh tersebut, sudah saya bacakan ayat-ayat dan mengurut sendiri tangan saya, tetapi tidak terjadi..apa patut saya pun? terima kasih..

anton_blogger.com said...

Assalammualaikum .. Terimasih info nya ,, insyaallah saya akan melakukan nya untuk diri sya terlebih dahulu .. Doa kan

Vita Herb said...

salam mohon terima amalan ini..